Assalamualaikum...
akhirnya jari jemari ini rajin juga menaip setelah sekian lama tidak memerah otak untuk menghambur setiap detik perjalanku di sini. peperiksaan sudah masuk minggu kedua. sudah lepas 1 kertas physiology, tinggal lagi 4 kertas yang harus aku tempuh dengan sabar, insyaAllah. seperti tahun lepas, musim peperiksaan menjadi satu musim tarbiyah bagi aku. tanpa aku sedari. ya, tanpa aku sedari.
benar dan sungguh, musim peperiksaan memang 'silent zone' dan musim orang menjadi pentingkan diri sendiri. sebab semua orang ada keutamaan masing-masing. datang ke sini mahu menuntut ilmu, shouldn't waste your time though. (*aduh, terasa.) dan pada ketika inilah, banyak hati yang terluka, dengan rakan-rakan, dengan ahli beit. dan yang mana pada ketika ini semua pelajar PERUBATAN sepatutnya sibuk menelaah subjek peperiksaan, sebuah majlis ilmu diadakan. majlis ilmu yang popular dalam kalangan ahli PERUBATAN di universiti kaherah . kelas agama bersama Syeikh Rohimuddin.
"sesiapa yang tidak dapat melihat taqwa dalam diri orang lain, bererti tiada taqwa dalam dirinya..." kata syeikh. tersentak kami mendengar kalam beliau. ada yang menganggukkan kepala tanda bersetuju malah ada juga yang tersengguk menahan kantuk. kata syeikh lagi, " lihat sesuatu ujian atau kesusahan itu pada kebaikan yang terdapat padanya." sungguh aku tersentak lagi. dan kata-kata syeikh yang membuat aku tersedar, " kita ini sama sahaja, kita ini adalah kotak-kotak kosong yang jika diberi ujian, jika sabar maka ada sabar dalam kotak itu. jika syukur, maka ada syukur dalam kotak itu. bergantung kepada ujian dan kesusahan dan apa yang kita lalui. yang lain, sama sahaja."
buat yang ke sekian kalinya. aku ditarbiyah lagi di sini. nasihatku untuk diri sendiri jugak. pandanglah sesuatu dengan pandangan iman..^_^
wallahua'lam.