"Pray that HE will make you stronger. Don't just pray that the mountain will get smaller.
Even when people gave you lemon, smile"

Sit back and enjoy my rambles, stories and opinions about life.

Wednesday, March 20, 2013

Tinggal Kenangan


assalamualaikum...

setahun meninggalkan blog ni, agaknya dah bersawang segala bagai. seingat aku entry terakhir kutulis tahun lepas sebelum bermulanya final exam. ni dah nak start final exam third year dah. oh ye, alhamdulillah, aku berjaya melepasi tahun dua. tentulah kerana rahmatNYA bukan kerana usahaku yang hanya 0.01 % menyumbang pada keputusan exam. dan bagi yang tak berjaya nak capai target tu, yakinlah Allah dah susun segalanya dengan terbaik, dan anda sebenarnya mendapat lebih dari orang lain. apa dia? hanya kalian yang tahu. =) .... terasa agak kekok bila nak start tulis balik. tak tahu nak mula dari mana. ye la, dah lama tak menulis dan mencari-cari idea, menggaru-garu kepala yang tak gatal untuk memerah otak yang dah beku bawah -4 degree celcius. (thinking...)

banyak yang dah berlaku tahun ni. ajkt PERUBATAN dah tukar jadi MTP, PERUBATAN dah ada 7 cawangan, dan kawan-kawan aku sekarang dah jadi orang yang aktif dan kuat dalam PERUBATAN. lupa nak bagitahu, PERUBATAN = persatuan pelajar sains kesihatan malaysia di Mesir.(ke dah pernah bagitahu sebelum ni? nevermind..) dan aku bangga punya sahabat-sahabat yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk kebaikan orang lain. buat video, meeting, muhasabah program yang lepas. buat artikel, dan itu semua time orang lain duk enak-enak study kat rumah... arigatou minna~ =) jasamu kukenang selalu, sungguh aku tak bisa jadi seperti kalian. two thumbs up~ and if i had thousand thumbs, thousand thumbs up~ =D

 banyak jugak aktiviti tahun ni, yang paling kuingat, setelah tiga tahun berada di Mesir, tahun ni aku berjaya menjejakkan kaki di Jabal Musa. tempat nabi Allah Musa bertemu dengan zat yang Maha Agung Pentadbir sekalian alam. excited + first time naik gunung + tempat nabi Musa pernah pergi = i must reach the peak~



perjalanan yang sungguh meletihkan. kami bertolak pada waktu malam dan macam-macam lagi ujian sepanjang perjalanan tu. nak-nak lagi masa bulan 1 hari tu, politik Mesir masih kurang stabil. bas kena tahan dengan askar/polis, pegawai pengiring punya kereta tiba-tiba tak boleh start. but the good thing is we have each other. so, seriously, i really enjoyed those difficult times. =D walaupun tengah stress-stress tu boleh lagi main teka-teki dan game dalam bas. memang la budak-budak medik kelas pertama. bakal-bakal doktor yang akan menggegarkan dunia perubatan di Malaysia.(rambling2)

sepanjang nak naik gunung sinai tu, hanya Allah yang tahu. mula-mula bahagia dan excited tapi bila dah 1/8 jalan tu, semangat dah mula luntur. nak turun balik ke apa dah tak tahu nak pilih. tapi sebab tengok kawan-kawan semangat bukan main. aku tak jadi nak patah balik. but the main point is, aku = medteam. hah! dah sah2 la susahkan orang. tup2, masa nak sampai kat puncak tu, aku dah korbankan tenaga 3 orang ajk bersama seorang musyrif medteam semata2 untuk teman aku naik. haila, serius menyusahkan orang lain yang ramai lagi perlukan support medteam. ajk medteam lain siap boleh tolong buat praktikal lagi tolong orang yang sakit dan tak larat nak naik. aku duk berlawan dengan diri sendiri sama ada patut pengsan kat situ ke, kat depan sikit ke, kat atas puncak ke.. tapi, last2 sampai jugak kat puncak, memang la anak manja. alhamdulillah sampai jugak kat puncak. dan hanya satu perasaan yang wujud dalam diri aku waktu tu, 'SYUKUR'

perjalanan turun tu, aku antara orang yang last sampai. (lagi sekali) semua orang dah letih. seterusnya kami bertolak pergi ke Dahab. macam cerita la kat sana. tak larat nak cerita, but i think 'pictures paint a thousand words'. layan~


























tu je untuk post kali ni. doakan kami pelajar-pelajar medik kat sini yang bakal ambik exam final bulan 4 ni. (drumbeats..) huh, moga Allah permudahkan. amin =)

p/s: and always remember to take care of your iman, if its not you, who else do you think will do that? peace~ =)

wallahua'lam....



No comments:

Post a Comment