"Pray that HE will make you stronger. Don't just pray that the mountain will get smaller.
Even when people gave you lemon, smile"

Sit back and enjoy my rambles, stories and opinions about life.

Saturday, April 7, 2012

Sibuk+Ikhlas : =)

Assalamualaikum...

final...final...final...
sejak akhir2 ni perkataan ni sering aku dengar. almaklumlah exam final 'just around the kona'. memang kitorang sebagai pelajar medik, apatah lagi yang mendapat tajaan ni, terpaksa ambil berat pasal result final ni. sebab jpa sangat ambil berat pasal result kitorang. result final la yang akan menentukan sama ada biasiswa kitorang akan dilanjutkan atau tidak. moga Allah permudahkan.



dan dekat2 nak exam ni pun, banyak jugak aktiviti2 yang berlangsung. seperti dalam post2 yang sebelum ni aku memang sangat tabik pada sahabat2 yang sudi menjadi ajk2 program contohnya, kerana tanpa mereka program takkan berjalan lancar. arigatou gozaimasu minna~ =) moga Allah balas jasa2 kalian. amin..

sebagai muhasabah diri aku yang hina ni jugak, setiap kerja yang diamanahkan tu perlulah disertai dengan niat yang ikhlas kerana Allah. merungut dan mengeluh perlulah dijauhi. walaupun kadang2 aku pun ter'mengeluh' dan ter'merungut'. ye la, kerja yang aku jarang2 buat tetiba kena buat. dahlah tahun satu honeymoon year. memang haru..haru betul. bila sibuk sikit terus aku rasa malas nak study ke, tolong kawan2 ke. tapi, alhamdulillah, aku punya teman2 yang bisa tegur aku, setiap kali aku terlupa.. =) gracias amigo...

ok, ada tutor pagi ni. moga Allah permudahkan..amin..

pandanglah sesuatu dengan pandangan iman... =)

wallahua'lam...