"Pray that HE will make you stronger. Don't just pray that the mountain will get smaller.
Even when people gave you lemon, smile"

Sit back and enjoy my rambles, stories and opinions about life.

Tuesday, March 27, 2012

Mencintai-MU setulusnya...

Assalamualaikum...




 Tuhan aku malu
atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuatMu kecewa...



entah mungkin aku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan
berulang kali agar aku kembali...



dalam fitrahku sebagai manusia
untuk menghamba padaMu
betapa tak ada apa-apanya aku di hadapanMu...



aku ingin mencintaiMu setulusnya
sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku...



aku ingin mendekatiMu selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap untuk bertemu dengan Mu
ya Rabbi...



Amin...

kata2 yang selalu buat aku berfikir : pandanglah sesuatu dengan pandangan iman...insyaAllah, kita akan tenang... =)
peringatan untuk diri sendiri juga...

p/s: always take care of your iman.. (n_n)

wallahua'lam....

Saturday, March 24, 2012

Be Responsible as We Should Be

Assalamualaikum...

it's been quite a long time since i wrote an entry here. lepas midyear hari tu, dan bila mula cuti dua minggu lepas exam tu aku memang tak buka langsung blog. sebabnya bila dah namanya cuti, kalau boleh nak goyang je kaki sampai tercabut. buka buku jangan harap la, memang awal2 lagi lepas exam semua buku masuk almari, tutup rapat2. tapi jangan fikir yang cuti aku yang dua minggu tu, aku duduk rilek. kami buat rombongan ke iskandariah, balik tu sambut birthday kawan2, dan etc, etc, etc. 

walaupun aku rasa cuti aku tu macam dah tak gaya cuti pasal tiap2 hari ada je rancangan kami nak buat tu, nak buat ni, nak jalan sana, nak jalan sini, tapi sebenarnya aku rasa bahagia pasal aku dapat luangkan masa dengan kawan2. ada jugak kawan2 yang pergi berjalan kat oversea (gaya mesir bukan oversea..), dekat europe sana tu, dekat malaysia pun ada. memang kami bila masuk tahun dua ni, dah berani la nak pergi jalan2. kalau masa tahun satu tu, ekonomi pun tak kukuh lagi. apatah lagi tahun lepas ada 'evacuation', tup2 kena hantar balik malaysia. 



responsible...eh, lupa pulak. baru teringat. aku nak bagitahu, semenjak kami di tahun 2 perubatan di cairo university ni, semua dah sibuk dengan jawatan masing2. ye la, bila  tahun satu kami budak baru belajar, bila tahun dua ni kami la senior. ramai ahli sebatch yang pegang jawatan dalam organisasi perubatan kat sini. ajk program, pengarah program dan lain2. alhamdulillah, masa kami lebih terisi dengan perkara2 yang bermanfaat untuk orang lain jugak. aku pun tak la macam tahun lepas = honeymoon year tu.sekurang-kurangnya bila di tahun dua ni aku lebih menyumbang untuk orang lain bukan diri sendiri je. =)

amanah dan tanggungjawab memang sangat besar bagi mereka yang dipilih untuk memegang sesuatu jawatan. bukan senang nak puaskan hati bermacam2 pihak. pihak atasan, pihak pengguna, dan pihak yang hanya jadi observer je. belum masuk lagi pihak yang kerjanya nak mengkritik bukan membantu. nasihat aku untuk diri sendiri jugak yang kadang2 terlupa ni, " setiap yang memegang jawatan tu diberi jawatan kerana layaknya beliau, dan beliau semestinya dah buat yang terbaik dalam tugasnya, beliau jugak orang biasa yang boleh melakukan kesalahan". bukan apa, kadang2 aku lupa maka terbitlah perasaan tak puas hati dengan satu2 program tu, dan salahkan ajk nya. nasib baik aku punya kawan yang sentiasa boleh menegur kesalahan aku. arigatou minna~ (^__^)

nak cakapnya kat sini, pasal tanggungjawab, walaupun dah melalut ke mana entah. tanggungjawab dan amanah yang diberikan bukan hanya libatkan diri kita bahkan orang lain sekali. kadang2 terbit rasa kagum dengan kawan2 yang boleh uruskan banyak benda ni. frankly speaking, mereka layak berada  di tempat mereka. kerana mereka, kita dapat menikmati kemudahan dan semua program berjalan lancar. apa-apapun priority come first, bergantung pada setiap individu apa priority masing2. asalkan ada matlamatnya, pasti akan berjaya jika diiringi dengan usaha yang istiqamah.

muhasabah diri: pandanglah sesuatu itu dengan pandangan iman.. =)

wallahua'lam....

p/s: semakin hampir dengan final exam, doakan kami semua agar cemerlang ye..amin...