"Pray that HE will make you stronger. Don't just pray that the mountain will get smaller.
Even when people gave you lemon, smile"

Sit back and enjoy my rambles, stories and opinions about life.

Wednesday, July 10, 2013

Egypt and Ramadan

Assalamualaikum...




Dekat setengah tahun blog ni tidak bersentuh. mungkin kerana kekangan masa yang mengehadkan entry atau mungkin memang kerana sifat malas tahap tak ingat dunia. sekarang dah masuk bulan puasa. indeed, it's the first day of ramadan. dan ramadan kedua ku di bumi anbiya' ni. dah tak sesedih ramadan pertama tahun lepas. tahun lepas bukan main sayu habis.... rindu family la konon. hah

sorang ahli rumah dah pulang ke Malaysia, tinggallah kami berempat. memandangkan keadaan mesir yang masih kurang stabil, semua mahasiswi dinasihatkan untuk sembahyang terawikh di rumah. walaupun masih ada yang tetap berkeras untuk solat di masjid. tak ada 'zuuk' sembahyang di rumah katanya. kalau kat malaysia kan tiap2 malam terawikh kat masjid. aku hanya mengiyakan. berlainan dengan aku yang jarang solat di masjid, hanya adik-beradik lelakiku sahaja yang di'paksa' untuk solat di masjid bersama abi. yang perempuan pula solat di rumah bersama ummi. hanya beberapa tahun kebelakangan ini saja barulah kami satu keluarga solat terawikh di masjid kerana adik2 ku sudah besar panjang. cepat jugak masa berlalu kan?

jadi tinggallah kami (baca: aku dan ahli rumah) di mesir dan bersolat terawikh di rumah. alhamdulillah, solat terawikh jemaah pertama kami di mesir yang bukan berimamkan imam atau syeikh di masjid. kerana darurat kami turutkan. niat di hati mahu je kitorang langgar arahan Jaksi tapi tu lah takut pulak kami jadi beban pada org lain. mahunya ada rusuhan, kami hanya akan menyusahkan.. *ayat cliche. bak kata pepatah, memikul biawak hidup. (tak nampak kena mengena pun sebenarnya..ha2) biarlah.. asalkan kami menyenangkan yang lain.

rakyat Mesir pulak bukan main meriah sambut ramadan. bersihkan rumah. gantung tanglung yang berwarna-warni. gaya macam nak sambut raya kat Malaysia. org malaysia? huaargh.. lalala *lu pikir la sendiri. seingat aku tahun lepas kat Mesir ni, diorang siap agih2kan makanan dekat pemandu yang tengah memandu waktu azan maghrib.  xtahulah kalau kat malaysia ada jugak ke tak pasal time berbuka tu biasa org tgh duduk kat meja makan tunggu azan je. mungkin ada..



hmm.. ni lah apa yang aku rasakan pada ramadan tahun ni. ni baru awal ramadan, belum tahu lagi macam mana esok2nya. dan dengan itu, tu  ajelah coretan aku buat petang ini. mungkin kalau ada idea yang menggelunsur masuk ke benakku akan ku conteng lagi blog ni. kejadian yang berlaku macam2 tapi tak tahulah mana satu yang sesuai untuk aku paparkan pada umum. (gaya macam org femes..)

anyway, do pray for us and Egypt. we never knew whose prayer will be answer by God. =)
p/s: always take care of your iman.. ^_^ and happy fasting everyone! =D

wallahua'lam...