"Pray that HE will make you stronger. Don't just pray that the mountain will get smaller.
Even when people gave you lemon, smile"

Sit back and enjoy my rambles, stories and opinions about life.

Sunday, October 23, 2011

Sahabat Bukan Kawan

Assalamualaikum...

sahabat dan kawan? pernah dengar kata-kata ni.." Friends is someone who will take your cup and wash them when you ask them to, but Best friend will tell you..You have your own legs. Do it yourself.."
kiranya sahabat tu macam bestfriend dan kawan adalah friend. nampak perbezaannya? terang lagi nyata.
kawan mungkin nak tolong kita sekarang, tapi sahabat akan fikir untuk kebaikan kita pada masa hadapan.



ramai orang yang percaya dan lebih senang untuk mengaku kawan sebagai sahabat, dan sahabat sebagai kawan. yalah, bila dah sahabat tu larang dari buat perkara-perkara maksiat yang si sahabatnya suka, mana tak melenting. korang suka ke bila ada orang marah korang kalau korang buat perkara yang disukai. walaupun korang tahu sahabat tu tegur untuk kebaikan korang jugak. mestilah tak suka kan? kalau kawan pulak dia tak kisah kita buat apa, macam tu baru kita suka, ye tak?

kehidupan kat Mesir ni banyak mengajar aku untuk lebih bijak memilih sahabat atau dengan kata lain orang yang selalu berdamping dengan kita. sebab kat sini ummi dan abi tak ada, along tak ada, hanya sahabat yang boleh tolong aku, bimbing aku bila aku terpesong dari landasan, tegur aku bila ada yang aku lakukan jauh dari ajaran Islam, ajak aku buat kebaikan, cegah aku dari buat kemungkaran...dan itu semua insyaAllah atas kehendakNYA...

 walaupun dengan sahabat kita selalu rasa kecil hati, tapi aku rasa selamat dan tenang bila bersamanya. sebab aku tahu mereka yang bergelar sahabat tak akan biarkan aku terumbang-ambing tanpa arah tujuan, mereka akan tarik aku dari arus yang deras yang bakal menenggelamkan aku. mereka tak akan biarkan aku sesat kat tengah-tengah Mounira yang jalannya memang banyak lorong...jadi pilihlah sahabat sebagai pendamping, bukan sekadar kawan. agar korang tak menyesal di kemudian hari.




   “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
(hadis riwayat Bukhari)


wallahua'lam...

Wednesday, October 12, 2011

Medical Witch

assalamualaikum....



setelah lama menyepi aku rasa nak tulis blog lagi. walaupun segala post2 sebelum ni semua dah aku delete. aku pun tak pasti sebenarnya pasal apa aku pergi delete semua tu. anyway, tetap berpegang pada prinsip aku sebelum ni, aku nak jadikan blog ni lapangan cerita perihal budak perubatan ataupun budak medik yang belajar dekat timur tengah ni(aku lah tu)..mana tau kot-kot ada yang boleh ambil pengajaran dan sempadan.

tahun ni aku dah masuk tahun dua medik. dah setahun berlalu masa kat sini. ada pahit dan manisnya. ada gembira ada duka. all in one. macam kopi punya iklanlah pulak. bagi aku belajar di tahun 2 makin mencabar minda dan fizikal aku. tapi seriously lecturer makin best!!! thumbs up! no, two thumbs up!!! dan baru-baru ni jugak bebudak batch aku buat satu pembaharuan....

masa kami tahun satu, akhawat dan ikhwah belajar lain-lain kelas tapi setelah pihak ajk tertinggi batch buat mesyuarat agong, mereka buat keputusan untuk try gabung laki perempuan tahun ni...sebabnya salah satu supaya tak perlu gatal-gatal nak belajar dengan ikhwah kalau tak paham satu2 subjek tu. boleh tanya budak perempuan yang kelas lain. sistem ni bahagi ikot rumah, biar ada dalam satu rumah tu..dari kelas berbeza. senang nak tanya kalau tak paham dari satu lecturer tu..hmmm..frankly speaking aku amat memandang tinggi usaha ni...=)

cuma biasalah, sebab berpisah dengan kawan-kawan rapat aku je aku tak suka tapi i'll move on sooner or later.. kira kami satu batch ni ada dua kelas. satu kelas ada separuh ikhwah separuh akhawat. oklah sebab kami akhawat ni ramai, bila campur dah jadi sama rata. taklah macam pasar sayyeda zainab sangat kelas jadinya..hehe

tu aje kot buat kali ni...insyaAllah akan ku update blog ini dari minggu ke minggu..
nak share satu kata2 ni, yang aku dapat dari buku yang agak terkenal jugak.

"pandanglah sesuatu dengan pandangan iman.."

wallahua'lam.