assalamualaikum....
setelah lama menyepi aku rasa nak tulis blog lagi. walaupun segala post2 sebelum ni semua dah aku delete. aku pun tak pasti sebenarnya pasal apa aku pergi delete semua tu. anyway, tetap berpegang pada prinsip aku sebelum ni, aku nak jadikan blog ni lapangan cerita perihal budak perubatan ataupun budak medik yang belajar dekat timur tengah ni(aku lah tu)..mana tau kot-kot ada yang boleh ambil pengajaran dan sempadan.
tahun ni aku dah masuk tahun dua medik. dah setahun berlalu masa kat sini. ada pahit dan manisnya. ada gembira ada duka. all in one. macam kopi punya iklanlah pulak. bagi aku belajar di tahun 2 makin mencabar minda dan fizikal aku. tapi seriously lecturer makin best!!! thumbs up! no, two thumbs up!!! dan baru-baru ni jugak bebudak batch aku buat satu pembaharuan....
masa kami tahun satu, akhawat dan ikhwah belajar lain-lain kelas tapi setelah pihak ajk tertinggi batch buat mesyuarat agong, mereka buat keputusan untuk try gabung laki perempuan tahun ni...sebabnya salah satu supaya tak perlu gatal-gatal nak belajar dengan ikhwah kalau tak paham satu2 subjek tu. boleh tanya budak perempuan yang kelas lain. sistem ni bahagi ikot rumah, biar ada dalam satu rumah tu..dari kelas berbeza. senang nak tanya kalau tak paham dari satu lecturer tu..hmmm..frankly speaking aku amat memandang tinggi usaha ni...=)
cuma biasalah, sebab berpisah dengan kawan-kawan rapat aku je aku tak suka tapi i'll move on sooner or later.. kira kami satu batch ni ada dua kelas. satu kelas ada separuh ikhwah separuh akhawat. oklah sebab kami akhawat ni ramai, bila campur dah jadi sama rata. taklah macam pasar sayyeda zainab sangat kelas jadinya..hehe
tu aje kot buat kali ni...insyaAllah akan ku update blog ini dari minggu ke minggu..
nak share satu kata2 ni, yang aku dapat dari buku yang agak terkenal jugak.
"pandanglah sesuatu dengan pandangan iman.."
wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment