"Pray that HE will make you stronger. Don't just pray that the mountain will get smaller.
Even when people gave you lemon, smile"

Sit back and enjoy my rambles, stories and opinions about life.

Friday, November 25, 2011

It's Not You Or Them, It's Me!

Assalamualaikum...

"hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya...."


aku sangat suka akan 'quote' di atas yang aku dengar dalam cerita 'laskar pelangi' yang diadaptasi dari novel indon. kata-kata yang sangat mendalam maknanya dan membuatkan aku berfikir sekejap walaupun aku dah mendengarnya untuk kali ke berapa entah. makna dari sudut bahasa aku sendiri, hidup ni kita mesti fikir apa yang kita boleh beri pada orang lain, bukannya apa yang kita patut dapat...berilah apa saja yang kita mampu beri, bukannya menyusahkan orang lain... am i right?



dan kalau nak disesuaikan dengan keadaan kat ardu kinanah ni, aku suka ambil contoh bila hidup bersama dengan rakan serumah atau dengan nama glamour, ahli beit. banyak aku dengar cerita-cerita yang kurang best pasal housemate,roomate dan lain-lain. tapi memanglah resam kalau sebumbung pasti ada yang tidak kena ataupun perselisihan faham. mungkin ni nampak tak ada kena mengena dengan kata-kata di atas tapi ni memang apa yang aku faham la.

semua orang ada tanggungjawab masing-masing bila duduk sebumbung. kalau nak sesuatu rumahtangga tu aman, damai dan bahagia, mestilah semua orang kena ambil port dalam tugas masing-masing. jangan ada yang culas sampai menyusahkan orang lain. itulah memberi namanya, bukan nak terima kebaikan dan khidmat orang lain je selamanya. contoh paling femes orang suka bagi adalah giliran masak. walaupun nampak macam hal yang remeh tapi kalau orang yang betul faham akan anggap tu sebagai amanah mereka. mereka tak akan sambil lewa je. ni sampai ada ahli beit yang tak puas hati dan macam-macam lagi...tu contoh la.

nasihat aku kepada diri aku dan sesama kita jugak, amanah yang kita pegang, kita mestilah berusaha laksanakan sehabis baik. barulah aman dan tenteram. dan aku tak nafikan akan berlaku jugak salah faham sesama ahli beit ni walaupun sekecil kuman. di sinilah pentingnya toleransi dan tolak-ansur. jangan semua asyik nak menang, tak nak akui kelemahan diri dan anggap diri sentiasa betul.... tu memang la bakal perang dunia ketiga, empat, lima dan seterusnya. muhasabah diri jugak sebenarnya... KITA yang perlu berubah bukan orang lain...

anyway, pilihanraya kat mesir dah dekat. 28 haribulan 11 dengar-dengarnya. tapi dalam berita kat malaysia beritahu mungkin akan ditangguhkan. aku tak berapa pasti sebab aku ni memang bukan jenis yang suka baca berita kat suratkhabar atau internet. kecuali ada pembunuhan bersiri atau kes mahkamah bersiri yang menarik perhatian, barulah suratkhabar tu akan renyuk pasal aku dan adik aku berebut bagai nak rak, siapa dapat baca first. kalau dengar berita dekat tv tu lain, tu memang hobi aku. bila ada kat mesir ni, kawan aku lah yang dipaksa jadi pemberita tv yang agak tak bertauliah, cerita pasal segala benda yang berlaku kat sekeliling.

satu benda yang aku pasti rakyat mesir nak tuntut hak mereka dan aku berharap dan berdoa agar mereka dapat menegakkan kebenaran. rakyat mesir sangat tinggi semangat mereka dan aku sangat kagum. honestly and truly, i was so impressed with them~ (dalam hal ni lah..) aku jugak harap yang kami semua pelajar kat mesir akan selamat dari sebarang ancaman bahaya, insyaAllah...

p/s: sekarang agak sibuk mungkin post dua minggu sekali je..anyway, priority is priority..minor things is minor things... =)

wallahua'lam....




Saturday, November 5, 2011

Korban

assalamualaikum...

esok dah nak raya haji. ni kali kedua aku beraya kat Mesir ni. i'm more than excited! sebab boleh raya sesama kawan-kawan. memang la kat sini tak sama dengan malaysia dan mungkin tak akan pernah sama, tapi aku suka suasana orang arab kat sini sambut aidiladha. kalau kita orang melayu yang islam ni akan sambut hari raya puasa bagai nak rak. tapi kalau orang arab kat mesir ni lagi meriah sambutan aidiladha mereka berbanding hari raya puasa. dapat la universiti aku cuti seminggu, alhamdulillah...

memang tu la yang sepatutnya. umi pernah cakap sepatutnya kita kena sambut aidiladha lebih daripada raya puasa. dalam Islam, hari raya haji ada 10,11,12 dan 13 zulhijjah. tapi raya puasa cuma 1 syawal je. tapi disebabkan kita dah berpuasa 30 hari bulan Ramadhan, hari pertama kita tak payah puasa iaitu hari raya puasa, masa tu memang sambut sakan. boleh nak sambut hari raya puasa meriah tapi jangan sampai kita lupa bahawa dalam islam aidiladha lagi besar dari aidilfitri.



cerita pasal; hal kat sini. berdasarkan pengalaman tahun lepas,pagi raya tu kami semua mahasiswa2 ni akan berkumpul kat Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) di hayyu 'ashir sebab kat sana akan diadakan sembelihan binatang korban, samaada unta,kambing, lembu dan lain2. sebelum tu ada sembahyang sunat aidiladha berjemaah. masa ni lah akan terasa 'feel homesick' tu. habis tu bila semua budak malaysia dah berkumpul dalam satu tempat, mana tak rasa rindu kat malaysia. apatah lagi bila tengok mahasiswa yang dah berkeluarga kat sini, dengan anak2 mereka...terasa rindu kat sepupu2, sanak saudara semua...lepas tu mata dah merah-merah. haru betul....

yang ikhwah akan terlibat dalam aktiviti melapah daging dan akhawat terlibat dengan acara memotong daging. agak seronok sebab kami ni ramai. tak terasa letih dan macam tahun lepas kami akan ada giliran masing-masing. bila giliran aku dah habis, aku akan ajak kawan-kawan pergi jalan-jalan tengok suasana sekeliling BKAN. ada banyak la jugak bkan kat situ. ada bkan negeri terengganu, kedah dan macam-macam lagi yang aku tak ingat.

mesti korang tertanya-tanya muat ke semua budak yang belajar kat mesir berkumpul kat sana? hah, sebenarnya bukan semua mahasiswa yang dapat datang. dan kat tempat lain pun ada je pelajar2 yang berkumpul. contoh mansoura, mahasiswa kat sana ada tempat berkumpul mereka, sebab agak jauh cairo dengan mansoura. kalau mahasiswa2 kat alex pun sama. tu tak kira lagi pelajar2 cairo yang tak ada kat cairo masa raya sebab semua orang ada hal masing-masing.

tu lah al-kisahnya, kalau beraya kat mesir ni. ada lebih dan kurangnya berbanding beraya kat malaysia. anyway, i'm happy to be anywhere. as long as there's somebody i loved being with especially family and friends!!! =)
moga kita semua sentiasa dalam lindungan rahmat Allah...

wallahua'lam.