"Pray that HE will make you stronger. Don't just pray that the mountain will get smaller.
Even when people gave you lemon, smile"

Sit back and enjoy my rambles, stories and opinions about life.

Saturday, November 5, 2011

Korban

assalamualaikum...

esok dah nak raya haji. ni kali kedua aku beraya kat Mesir ni. i'm more than excited! sebab boleh raya sesama kawan-kawan. memang la kat sini tak sama dengan malaysia dan mungkin tak akan pernah sama, tapi aku suka suasana orang arab kat sini sambut aidiladha. kalau kita orang melayu yang islam ni akan sambut hari raya puasa bagai nak rak. tapi kalau orang arab kat mesir ni lagi meriah sambutan aidiladha mereka berbanding hari raya puasa. dapat la universiti aku cuti seminggu, alhamdulillah...

memang tu la yang sepatutnya. umi pernah cakap sepatutnya kita kena sambut aidiladha lebih daripada raya puasa. dalam Islam, hari raya haji ada 10,11,12 dan 13 zulhijjah. tapi raya puasa cuma 1 syawal je. tapi disebabkan kita dah berpuasa 30 hari bulan Ramadhan, hari pertama kita tak payah puasa iaitu hari raya puasa, masa tu memang sambut sakan. boleh nak sambut hari raya puasa meriah tapi jangan sampai kita lupa bahawa dalam islam aidiladha lagi besar dari aidilfitri.



cerita pasal; hal kat sini. berdasarkan pengalaman tahun lepas,pagi raya tu kami semua mahasiswa2 ni akan berkumpul kat Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) di hayyu 'ashir sebab kat sana akan diadakan sembelihan binatang korban, samaada unta,kambing, lembu dan lain2. sebelum tu ada sembahyang sunat aidiladha berjemaah. masa ni lah akan terasa 'feel homesick' tu. habis tu bila semua budak malaysia dah berkumpul dalam satu tempat, mana tak rasa rindu kat malaysia. apatah lagi bila tengok mahasiswa yang dah berkeluarga kat sini, dengan anak2 mereka...terasa rindu kat sepupu2, sanak saudara semua...lepas tu mata dah merah-merah. haru betul....

yang ikhwah akan terlibat dalam aktiviti melapah daging dan akhawat terlibat dengan acara memotong daging. agak seronok sebab kami ni ramai. tak terasa letih dan macam tahun lepas kami akan ada giliran masing-masing. bila giliran aku dah habis, aku akan ajak kawan-kawan pergi jalan-jalan tengok suasana sekeliling BKAN. ada banyak la jugak bkan kat situ. ada bkan negeri terengganu, kedah dan macam-macam lagi yang aku tak ingat.

mesti korang tertanya-tanya muat ke semua budak yang belajar kat mesir berkumpul kat sana? hah, sebenarnya bukan semua mahasiswa yang dapat datang. dan kat tempat lain pun ada je pelajar2 yang berkumpul. contoh mansoura, mahasiswa kat sana ada tempat berkumpul mereka, sebab agak jauh cairo dengan mansoura. kalau mahasiswa2 kat alex pun sama. tu tak kira lagi pelajar2 cairo yang tak ada kat cairo masa raya sebab semua orang ada hal masing-masing.

tu lah al-kisahnya, kalau beraya kat mesir ni. ada lebih dan kurangnya berbanding beraya kat malaysia. anyway, i'm happy to be anywhere. as long as there's somebody i loved being with especially family and friends!!! =)
moga kita semua sentiasa dalam lindungan rahmat Allah...

wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment