earth nation punya logo |
dah berminggu-minggu. baru nak tulis post baru. al-maklumlah aku agak sibuk dengan karnival batch Gen X yang baru tamat semalam. walaupun hanya ajk yang kecil ibarat semut hitam dalam rumput hadiqoh azhar, tapi aku cuba buat yang terbaik untuk kebahagian sejagat. bukan aku saja yang sibuk, kawan2 serumah pun sibuk buat persediaan untuk rumah sukan masing2. ya, kami juga ada rumah sukan macam zaman sekolah dulu2. api,air,angin dan tanah. stylo tak kami?? aku = earthbender
keputusan juri adalah muktamad dan rumah tanah menang tempat keempat keseluruhan. alhamdulillah, nasib baik ada nombor. aku ada masuk 3 game, dan semuanya dapat no 2. mentang-mentanglah aku anak kedua, habis nombor dua aku balun. anyway, korang mesti hairan bin ajaib tahap luar alam, apalah pulak kena mengena ni dengan tajuk kat atas tu cik kak oi??? haha... muqaddimah saja dah berjela-jela. memang payah kalau ada orang yang suka bercerita ni... heish.
alkisah, apa yang aku nak beritahu adalah berkenaan pengalaman aku sepanjang jadi ajk untuk karnival ni. macam-macam pengalaman ada. pengalaman berurusan dengan pak cik arab tukang kayu (ditemani sahabat yang selalu buat aku gelak), pengalaman uruskan satu-satu aktiviti ni agar semua berjalan lancar, pengalaman jadi referee, pengalaman kena 'kritikan membina' dan macam-macam lagi. aku yang jadi ajk bawah pun tercungap-cungap dan kena sentiasa bersedia fizikal dan mental, apatah lagi orang2 atasan aku yang mesti kena lagi teruk.... a very big applause for them~ n_n
mesti korang tertanya-tanya lagi. apalah pulak kena mengena dengan tajuk. okay okay, ni baru nk masuk cerita sebenarnya. masa aku jadi ajk tu lah aku jumpa dan kenal macam-macam orang. ada agonist ada protagonist nya sekali. tapi kita semua tetap kena berusaha terima kekurangan dan kelebihan orang lain. dan mereka tak semestinya sebijik macam apa yang kita nak.
tu aje yang aku nak cakap sebenarnya. nakama=kawan. jadi pointnya disini, terimalah kawan anda seadanya, jangan kerana ada satu kekurangan dia yang baru anda dapat tahu, anda lupa kelebihan dia yang lain. terimalah kerana kita berasal dari background yang berbeza. 'don't expect people to be like You '
tu je, dah mengantuk tahap lelap mata sambil berdiri nih.
sekarang ni dah lepas masa tidur aku pulak tu. sekian..
pandanglah sesuatu dengan pandangan iman. =)
wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment