"Pray that HE will make you stronger. Don't just pray that the mountain will get smaller.
Even when people gave you lemon, smile"

Sit back and enjoy my rambles, stories and opinions about life.
Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Tuesday, April 29, 2014

Kuatkanlah

Assalamualaikum..



final exam (read: Pro exam) is on next monday. cuak. takut. menggeletar. semua bercampur baur ibarat rojak. dalam kepala dah berserabut ibarat ribut taufan melanda dan menerbangkan segala neuron-neuronku yang berselirat. ok, hiperbola. lebih tepat berserabut ibarat bilikku yang macam tongkang pecah. (mentang2 roommate asyik balik rumah. muhasabah.)

mohon doa dari semua agar segalanya lancar. doa doktor lembut hati dan murah markah. doa agar lidahku tidak terbelit-belit dan tergagap-gagap dalam menuturkan bahasa Omputeh.  doa agar bahasa pesakit mudah difahami. doa agar segala sign dan symptom mudah agar dapat ku tebak apa provisional diagnosisnya. doa agar signnya jelas tanpa complicated overlapping disease. doa agar diskusiku bersama doktor dapat ku terangkan dan rungkaikan dengan jelas.

dan yang paling penting, doakan agar aku tidak lupa siapa diriku sewaktu musim exam ini, aku hambaNYA.. bukan hamba pada peperiksaan.. doa agar ibadahku tidak kutinggalkan. doa agar bulan Rejab ini dapat aku manfaatkan.. doa agar aku semakin dekat pada pencipta sekalian alam... amin..
 
jujur aku mohon doa kalian... doa dari seorang sahabat buat sahabat.

akhirnya, mohon doa agar kami semua lulus dengan cemerlang..

sekian coretan di petang hari...

p/s: reminder to myself too, always take care of your iman.. <3
mock exam on friday. wish me luck guys~ =)

iklan : (awaiting moment. at last, korra breakup with mako. *evil laugh)

Wednesday, January 1, 2014

The Start Of Something New

Assalamualaikum..

gambar tak ada kena mengena =P


how's everyone life? are they good? happy? what do they eat? today? yesterday? how about tomorrow? oooohhh... how tired I am. everyday, wondering about what my friends in Egypt are doing. I hate the feeling of missing everyone. I'm missed  that auntie which I meet everyday sitting on the stairs of Metro station on my way to university, I even missed that guy who work at Mahallabiah shop. I'm missed people who I didnt know anything about them except they are student at Kasr El-Ainy Medical School and except that we bumped into each other at the food kiosk, their faces became familiar to me.

Kenapa? kenapa aku dah tak boleh jumpa dan tanya khabar mereka semua? Sebab aku dah memilih untuk berada di Malaysia. Tiada sebab yang konkrit. Hanya kerana Istikharah dan hatiku yang berat di sini apabila ditawarkan untuk menyambung pelajaran di UPM. oh ya, dan juga menilai nasihat dari mereka yang berada di sekelilingku... Jika benar ini jalanku, ia akan mudah bagiku, bisik hati kecilku. namun, isi hatiku turut berat untuk meninggalkan bumi yang sudah kuanggap seperti tanah airku. tanah tempat aku menuntut ilmu yang tidak kudapati di tempat lain. ilmu dunia dan ilmu akhirat. tanah di mana aku belajar erti berkorban. belajar erti tolak-ansur dengan ahli rumah. belajar bersabar dengan berbagai kerenah penduduk setempat.... yang paling penting tanah di mana keluarga kedua ku berada. GENX. aku rindu kalian... RINDU. hanya itu yang bisa aku nukilkan.

Sekarang di tempat baru, suasana baru, kawan baru... in the mode of adapting myself. hmmm, banyak yang kena aku belajar. di Mesir, 3 tahun belajar Perubatan, tahun ketiga baru aku temui cara belajar yang terbaik untuk aku. di sini baru 2 bulan, aku masih tercari-cari gaya study yang paling sesuai untuk aku dengan sistem pembelajaran dan pengajaran yang terlalu berbeza dengan Mesir. mungkin sewaktu menjadi intern nanti baru jumpa kot... it's hard, yes. but don't matter how hard, i have to try right? i dont want to give up before trying my best and whatever i can do. people said 'it's better die trying than to give up before trying'. gaya macam susah sangat je. exaggerrated response maybe..ahhah!

doakan aku sahabat. doakan aku kawan. doakan kita semua. ikhlaskan niat dalam menuntut ilmu. jangan kedekut ilmu, kongsi dengan semua. mana tahu ilmu yang kita dapat tu salah, mereka boleh memperbetulkan. study hard, study smart. like dr Ng said to my groupmates 'work hard, you'll be paid'. semat dalam dada kemas2. jika anda tidak mendapat keputusan yang diinginkan. ingat, anda tidak gagal, cuma kejayaan belum datang kepada anda. nasihat untuk diri sendiri jugak.. bukan jugak, memang nasihat untuk diri sendiri. diri sendiri banyak kekurangan. banyak.

Allah yusahhil! think positive.. everyone have their own stories, i want to make mine really meaningful to me, and to others...

pesanan seorang rakan "always take care of your iman.." smile  =)

wallahua'lam....

p/s: I really cant accept guys who bad mouthed his friends to others, especially to the opposite gender. malu la sikit brother. all this while, i thought guys friendship is sacred. dont destroy my belief. sekian.

Wednesday, June 6, 2012

Syukur 21

Assalamualaikum...

akhirnya jari jemari ini rajin juga menaip setelah sekian lama tidak memerah otak untuk menghambur setiap detik perjalanku di sini. peperiksaan sudah masuk minggu kedua. sudah lepas 1 kertas physiology, tinggal lagi 4 kertas yang harus aku tempuh dengan sabar, insyaAllah. seperti tahun lepas, musim peperiksaan menjadi satu musim tarbiyah bagi aku. tanpa aku sedari. ya, tanpa aku sedari.

benar dan sungguh, musim peperiksaan memang 'silent zone' dan musim orang menjadi pentingkan diri sendiri. sebab semua orang ada keutamaan masing-masing. datang ke sini mahu menuntut ilmu, shouldn't waste your time though. (*aduh, terasa.) dan pada ketika inilah, banyak hati yang terluka, dengan rakan-rakan, dengan ahli beit. dan yang mana pada ketika ini semua pelajar PERUBATAN sepatutnya sibuk menelaah subjek peperiksaan, sebuah majlis ilmu diadakan. majlis ilmu yang popular dalam kalangan ahli PERUBATAN di universiti kaherah . kelas agama bersama Syeikh Rohimuddin.

"sesiapa yang tidak dapat melihat taqwa dalam diri orang lain, bererti tiada taqwa dalam dirinya..." kata syeikh. tersentak kami mendengar kalam beliau. ada yang menganggukkan kepala tanda bersetuju malah ada juga yang tersengguk menahan kantuk. kata syeikh lagi, " lihat sesuatu ujian atau kesusahan itu pada kebaikan yang terdapat padanya." sungguh aku tersentak lagi. dan kata-kata syeikh yang membuat aku tersedar, " kita ini sama sahaja, kita ini adalah kotak-kotak kosong yang jika diberi ujian, jika sabar maka ada sabar dalam kotak itu. jika syukur, maka ada syukur dalam kotak itu. bergantung kepada ujian dan kesusahan dan apa yang kita lalui. yang lain, sama sahaja."

buat yang ke sekian kalinya. aku ditarbiyah lagi di sini. nasihatku untuk diri sendiri jugak. pandanglah sesuatu dengan pandangan iman..^_^

wallahua'lam.