"Pray that HE will make you stronger. Don't just pray that the mountain will get smaller.
Even when people gave you lemon, smile"

Sit back and enjoy my rambles, stories and opinions about life.

Saturday, April 7, 2012

Sibuk+Ikhlas : =)

Assalamualaikum...

final...final...final...
sejak akhir2 ni perkataan ni sering aku dengar. almaklumlah exam final 'just around the kona'. memang kitorang sebagai pelajar medik, apatah lagi yang mendapat tajaan ni, terpaksa ambil berat pasal result final ni. sebab jpa sangat ambil berat pasal result kitorang. result final la yang akan menentukan sama ada biasiswa kitorang akan dilanjutkan atau tidak. moga Allah permudahkan.



dan dekat2 nak exam ni pun, banyak jugak aktiviti2 yang berlangsung. seperti dalam post2 yang sebelum ni aku memang sangat tabik pada sahabat2 yang sudi menjadi ajk2 program contohnya, kerana tanpa mereka program takkan berjalan lancar. arigatou gozaimasu minna~ =) moga Allah balas jasa2 kalian. amin..

sebagai muhasabah diri aku yang hina ni jugak, setiap kerja yang diamanahkan tu perlulah disertai dengan niat yang ikhlas kerana Allah. merungut dan mengeluh perlulah dijauhi. walaupun kadang2 aku pun ter'mengeluh' dan ter'merungut'. ye la, kerja yang aku jarang2 buat tetiba kena buat. dahlah tahun satu honeymoon year. memang haru..haru betul. bila sibuk sikit terus aku rasa malas nak study ke, tolong kawan2 ke. tapi, alhamdulillah, aku punya teman2 yang bisa tegur aku, setiap kali aku terlupa.. =) gracias amigo...

ok, ada tutor pagi ni. moga Allah permudahkan..amin..

pandanglah sesuatu dengan pandangan iman... =)

wallahua'lam...

Tuesday, March 27, 2012

Mencintai-MU setulusnya...

Assalamualaikum...




 Tuhan aku malu
atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuatMu kecewa...



entah mungkin aku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan
berulang kali agar aku kembali...



dalam fitrahku sebagai manusia
untuk menghamba padaMu
betapa tak ada apa-apanya aku di hadapanMu...



aku ingin mencintaiMu setulusnya
sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku...



aku ingin mendekatiMu selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap untuk bertemu dengan Mu
ya Rabbi...



Amin...

kata2 yang selalu buat aku berfikir : pandanglah sesuatu dengan pandangan iman...insyaAllah, kita akan tenang... =)
peringatan untuk diri sendiri juga...

p/s: always take care of your iman.. (n_n)

wallahua'lam....

Saturday, March 24, 2012

Be Responsible as We Should Be

Assalamualaikum...

it's been quite a long time since i wrote an entry here. lepas midyear hari tu, dan bila mula cuti dua minggu lepas exam tu aku memang tak buka langsung blog. sebabnya bila dah namanya cuti, kalau boleh nak goyang je kaki sampai tercabut. buka buku jangan harap la, memang awal2 lagi lepas exam semua buku masuk almari, tutup rapat2. tapi jangan fikir yang cuti aku yang dua minggu tu, aku duduk rilek. kami buat rombongan ke iskandariah, balik tu sambut birthday kawan2, dan etc, etc, etc. 

walaupun aku rasa cuti aku tu macam dah tak gaya cuti pasal tiap2 hari ada je rancangan kami nak buat tu, nak buat ni, nak jalan sana, nak jalan sini, tapi sebenarnya aku rasa bahagia pasal aku dapat luangkan masa dengan kawan2. ada jugak kawan2 yang pergi berjalan kat oversea (gaya mesir bukan oversea..), dekat europe sana tu, dekat malaysia pun ada. memang kami bila masuk tahun dua ni, dah berani la nak pergi jalan2. kalau masa tahun satu tu, ekonomi pun tak kukuh lagi. apatah lagi tahun lepas ada 'evacuation', tup2 kena hantar balik malaysia. 



responsible...eh, lupa pulak. baru teringat. aku nak bagitahu, semenjak kami di tahun 2 perubatan di cairo university ni, semua dah sibuk dengan jawatan masing2. ye la, bila  tahun satu kami budak baru belajar, bila tahun dua ni kami la senior. ramai ahli sebatch yang pegang jawatan dalam organisasi perubatan kat sini. ajk program, pengarah program dan lain2. alhamdulillah, masa kami lebih terisi dengan perkara2 yang bermanfaat untuk orang lain jugak. aku pun tak la macam tahun lepas = honeymoon year tu.sekurang-kurangnya bila di tahun dua ni aku lebih menyumbang untuk orang lain bukan diri sendiri je. =)

amanah dan tanggungjawab memang sangat besar bagi mereka yang dipilih untuk memegang sesuatu jawatan. bukan senang nak puaskan hati bermacam2 pihak. pihak atasan, pihak pengguna, dan pihak yang hanya jadi observer je. belum masuk lagi pihak yang kerjanya nak mengkritik bukan membantu. nasihat aku untuk diri sendiri jugak yang kadang2 terlupa ni, " setiap yang memegang jawatan tu diberi jawatan kerana layaknya beliau, dan beliau semestinya dah buat yang terbaik dalam tugasnya, beliau jugak orang biasa yang boleh melakukan kesalahan". bukan apa, kadang2 aku lupa maka terbitlah perasaan tak puas hati dengan satu2 program tu, dan salahkan ajk nya. nasib baik aku punya kawan yang sentiasa boleh menegur kesalahan aku. arigatou minna~ (^__^)

nak cakapnya kat sini, pasal tanggungjawab, walaupun dah melalut ke mana entah. tanggungjawab dan amanah yang diberikan bukan hanya libatkan diri kita bahkan orang lain sekali. kadang2 terbit rasa kagum dengan kawan2 yang boleh uruskan banyak benda ni. frankly speaking, mereka layak berada  di tempat mereka. kerana mereka, kita dapat menikmati kemudahan dan semua program berjalan lancar. apa-apapun priority come first, bergantung pada setiap individu apa priority masing2. asalkan ada matlamatnya, pasti akan berjaya jika diiringi dengan usaha yang istiqamah.

muhasabah diri: pandanglah sesuatu itu dengan pandangan iman.. =)

wallahua'lam....

p/s: semakin hampir dengan final exam, doakan kami semua agar cemerlang ye..amin...

Friday, January 20, 2012

Study Leave

Assalamualaikum....

dah lama tak mengarang ayat panjang2. al-maklumlah bila masuk fatrah exam ni, rasa malas nak update kat blog. padahal study tak lah kuat mana pun....peace~



alhamdulillah, dah lepas dua subjek. first, subjek physiology yang sangat mencabar minda kami pelajar medik ni. second, subjek histology yang tak kurang hebat sampai terguling-guling nak menghafalnya. dah nampak gaya macam tenggiling dah sorang2. (^^,)

akan datang, kertas anatomy. setelah kami diberi masa seminggu untuk menghafal dalam 4 buah buku tu, 2 jam tu la penentu. lepas tu subjek yang aku 'geruni' biochemistry. fuh! memang mencabar minda dan fizikal. moga Allah permudahkan.. amin....

moga kami budak medik ni sentiasa ikhlas dan tabah dalam menempuh ujian dan cabaran ni. aku teringat status seorang teman.

budak A: "kenapa kita kena study susah? kena belajar hard punya? padahal orang lain tak payah pun belajar macam kita?"
budak B: "pasal ada orang sakit yang sedang tunggu untuk kita rawat dia..."
lebih kurang macam tu la ayat dia, dan benda ni buat aku berfikir panjang...

muhasabah diri, pandanglah sesuatu dengan pandangan iman.. =)

wallahua'lam...

Sunday, December 25, 2011

Totally "EMO"

Assalamualaikum....

fuh! spotting anatomy depan corner dah, bukan just around the corner. haila, buku anat(anatomy) belum habis khatam lagi. perasaan bila masuk tahun dua ni, bila exam je aku rasa berdebar pasal tahun ni semua orang sangatlah bersemangat. kami dah dapat pengajaran masa first year dulu. tahun lepas tahun honeymoon kami....tahun yang sangatlah relax... tahun ni kami balun habis-habisan...insyaAllah, strive for Excel!!!!
and it's really a great thing indeed...kami insyaAllah, sebagai bakal doktor, memang patut sentiasa bersedia. kalau tetiba ada pesakit datang jumpa, takkanlah masa tu baru nak buka buku..ye idok?? muhasabah diri sebenarnya sebab 'aku=last minute person..' not a qudwah hasanah actually... (",)



emosi kalau disalurkan pada saluran yang betul pasti bermakna untuk orang lain. belajar mengawal emosi...that's the best way to survive in the whole wide world...(nod2..)
teringat lagi kata2 penulis ni : pandanglah sesuatu dengan pandangan iman...
wallahua'lam..

p/s: mesti korang pelik apasal post kali ni pendek..pasal tengah2 aku buat karangan berjela2...dah siap nak publish lagi..tetiba hilang~ isk3... T_T   berjam2 kot tulis..
takpe lah mungkin ada hikmahnya... moga Allah permudahkan segalanya.... 

Saturday, December 17, 2011

Held Out My Hand For You, Nakama!

Assalamualaikum....

earth nation punya logo


dah berminggu-minggu. baru nak tulis post baru. al-maklumlah aku agak sibuk dengan karnival batch Gen X yang baru tamat semalam. walaupun hanya ajk yang kecil ibarat semut hitam dalam rumput hadiqoh azhar, tapi aku cuba buat yang terbaik untuk kebahagian sejagat. bukan aku saja yang sibuk, kawan2 serumah pun sibuk buat persediaan untuk rumah sukan masing2. ya, kami juga ada rumah sukan macam zaman sekolah dulu2. api,air,angin dan tanah. stylo tak kami?? aku = earthbender

keputusan juri adalah muktamad dan rumah tanah menang tempat keempat keseluruhan. alhamdulillah, nasib baik ada nombor. aku ada masuk  3 game, dan semuanya dapat no 2. mentang-mentanglah aku anak kedua, habis nombor dua aku balun. anyway, korang mesti hairan bin ajaib tahap luar alam, apalah pulak kena mengena ni dengan tajuk kat atas tu cik kak oi??? haha... muqaddimah saja dah berjela-jela. memang payah kalau ada orang yang suka bercerita ni... heish.

alkisah, apa yang aku nak beritahu adalah berkenaan pengalaman aku sepanjang jadi ajk untuk karnival ni. macam-macam pengalaman ada. pengalaman berurusan dengan pak cik arab tukang kayu (ditemani sahabat yang selalu buat aku gelak), pengalaman uruskan satu-satu aktiviti ni agar semua berjalan lancar, pengalaman jadi referee, pengalaman kena 'kritikan membina' dan macam-macam lagi. aku yang jadi ajk bawah pun tercungap-cungap dan kena sentiasa bersedia fizikal dan mental, apatah lagi orang2 atasan aku yang mesti kena lagi teruk.... a very big applause for them~ n_n

mesti korang tertanya-tanya lagi. apalah pulak kena mengena dengan tajuk. okay okay, ni baru nk masuk cerita sebenarnya. masa aku jadi ajk tu lah aku jumpa dan kenal macam-macam orang. ada agonist ada protagonist  nya sekali. tapi kita semua tetap kena berusaha terima kekurangan dan kelebihan orang lain. dan mereka tak semestinya sebijik macam apa yang kita nak.

tu aje yang aku nak cakap sebenarnya. nakama=kawan. jadi pointnya disini, terimalah kawan anda seadanya, jangan kerana ada satu kekurangan dia yang baru anda dapat tahu, anda lupa kelebihan dia yang lain. terimalah kerana kita berasal dari background yang berbeza. 'don't expect people to be like You '
tu je, dah mengantuk tahap lelap mata sambil berdiri nih.
sekarang ni dah lepas masa tidur aku pulak tu. sekian..

pandanglah sesuatu dengan pandangan iman. =)

wallahua'lam...

Friday, November 25, 2011

It's Not You Or Them, It's Me!

Assalamualaikum...

"hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya...."


aku sangat suka akan 'quote' di atas yang aku dengar dalam cerita 'laskar pelangi' yang diadaptasi dari novel indon. kata-kata yang sangat mendalam maknanya dan membuatkan aku berfikir sekejap walaupun aku dah mendengarnya untuk kali ke berapa entah. makna dari sudut bahasa aku sendiri, hidup ni kita mesti fikir apa yang kita boleh beri pada orang lain, bukannya apa yang kita patut dapat...berilah apa saja yang kita mampu beri, bukannya menyusahkan orang lain... am i right?



dan kalau nak disesuaikan dengan keadaan kat ardu kinanah ni, aku suka ambil contoh bila hidup bersama dengan rakan serumah atau dengan nama glamour, ahli beit. banyak aku dengar cerita-cerita yang kurang best pasal housemate,roomate dan lain-lain. tapi memanglah resam kalau sebumbung pasti ada yang tidak kena ataupun perselisihan faham. mungkin ni nampak tak ada kena mengena dengan kata-kata di atas tapi ni memang apa yang aku faham la.

semua orang ada tanggungjawab masing-masing bila duduk sebumbung. kalau nak sesuatu rumahtangga tu aman, damai dan bahagia, mestilah semua orang kena ambil port dalam tugas masing-masing. jangan ada yang culas sampai menyusahkan orang lain. itulah memberi namanya, bukan nak terima kebaikan dan khidmat orang lain je selamanya. contoh paling femes orang suka bagi adalah giliran masak. walaupun nampak macam hal yang remeh tapi kalau orang yang betul faham akan anggap tu sebagai amanah mereka. mereka tak akan sambil lewa je. ni sampai ada ahli beit yang tak puas hati dan macam-macam lagi...tu contoh la.

nasihat aku kepada diri aku dan sesama kita jugak, amanah yang kita pegang, kita mestilah berusaha laksanakan sehabis baik. barulah aman dan tenteram. dan aku tak nafikan akan berlaku jugak salah faham sesama ahli beit ni walaupun sekecil kuman. di sinilah pentingnya toleransi dan tolak-ansur. jangan semua asyik nak menang, tak nak akui kelemahan diri dan anggap diri sentiasa betul.... tu memang la bakal perang dunia ketiga, empat, lima dan seterusnya. muhasabah diri jugak sebenarnya... KITA yang perlu berubah bukan orang lain...

anyway, pilihanraya kat mesir dah dekat. 28 haribulan 11 dengar-dengarnya. tapi dalam berita kat malaysia beritahu mungkin akan ditangguhkan. aku tak berapa pasti sebab aku ni memang bukan jenis yang suka baca berita kat suratkhabar atau internet. kecuali ada pembunuhan bersiri atau kes mahkamah bersiri yang menarik perhatian, barulah suratkhabar tu akan renyuk pasal aku dan adik aku berebut bagai nak rak, siapa dapat baca first. kalau dengar berita dekat tv tu lain, tu memang hobi aku. bila ada kat mesir ni, kawan aku lah yang dipaksa jadi pemberita tv yang agak tak bertauliah, cerita pasal segala benda yang berlaku kat sekeliling.

satu benda yang aku pasti rakyat mesir nak tuntut hak mereka dan aku berharap dan berdoa agar mereka dapat menegakkan kebenaran. rakyat mesir sangat tinggi semangat mereka dan aku sangat kagum. honestly and truly, i was so impressed with them~ (dalam hal ni lah..) aku jugak harap yang kami semua pelajar kat mesir akan selamat dari sebarang ancaman bahaya, insyaAllah...

p/s: sekarang agak sibuk mungkin post dua minggu sekali je..anyway, priority is priority..minor things is minor things... =)

wallahua'lam....